Ujibakat & Format My Starz LG (musim 3)

Tarikh & lokasi ujibakat

1000 orang peserta telah menghadiri uji bakat yang dijalankan di lima lokasi iaitu Pulau Pinang, Sabah, Johor Bahru, Sarawak dan Kuala Lumpur. Hasil ujibakat, daripada 24 orang peserta telah melalui peringkat saringan dan hanya 10 orang peserta akhir yang dipilih untuk masuk ke LG House dan mengikuti kelas dan pembelajaran di rumah tersebut.

LokasiTarikh
Queenbays Mall, Pulau Pinang1-2 Ogos 2009
Center Point Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah1-2 Ogos 2009
AEON Mall Bukit Indah, Johor Bahru, Johor8-9 Ogos 2009
Tun Jugah Mall, Kuching, Sarawak8-9 Ogos 2009
The Curve Mutiara Damansara, Kuala Lumpur15-16 Ogos 2009

Format undian

Persembahan kesemua peserta akan dinilai dari semua aspek yang akan memantapkan mereka sebagai bintang baru termasuk format undian SMS yang menyaksikan hanya 40 peratus undian SMS dan 60 peratus lagi dinilai juri tetap, Azmeer bersama dengan juri jemputan setiap minggu.

Masa siaran

Penonton boleh menyaksikan gelagat para peserta dan proses sesi latihan serta pembelajaran peserta setiap minggu di My Starz LG Starlives yang diacarakan oleh penyampai radio Anne (Hot FM) bermula jam 7:30 malam di TV3 yang disiarkan setiap hari Sabtu. Manakala konsert mingguan My Starz LG yang diacarakan oleh Naz Habibur akan diadakan pada Ahad keesokan harinya bermula jam 10:30 yang disiarkan di TV3.